.:the club members:.

Tuesday, October 6, 2015

#IDEARAYA

Pada hari sabtu yang lepas, lepas, lepas lagi (okay cerita dah lapuk) aku pergi bergonjeng di Idearaya. Lepas balik kerja terus aku shoot ke Laman Budaya Shah Alam (ye, aku seorang yang gagah okay). Aku pergi pun sebab team Projek Ihsan ada bukak booth kat sana untuk mempromosikan lagi kelas Tuisyen Sayang di Shah Alam dan jugak Bangi. Kalau takde diorang, memang sampai kesudah lah aku tak jejak kaki kat program-program macamni.


Okay, apa itu Idearaya? Idea Hari Raya ke? Fine lah tak lawak pun bluergh. Idearaya merupakan sebuah “festival seni budaya & ilmu ke arah pemberdayaan masyarakat progresif seputar Asia Tenggara”.” Idearaya juga adalah sebuah ruang dinamik serta strategik dalam meraikan dan menggalakkan pertembungan idea kritis dan daya kreatif” - #idearaya. Idearaya merupakan platform anak-anak muda untuk mengekspresi diri mereka. #ideraya merupakan event yang dilakukan hasil daripada penat lelah mereka sendiri. Merekalah crew, merekalah volunteer, merekalah handyman, merekalah yang panjat scaffolding buat tempat menonton tayangan, semua-semua mereka buat sendiri. They are an independent people I tell you.

Antara program yang ada kat #idearaya termasuklah forum, bengkel, pidato, malahan tayangan pendek. Aku sempat pergi tengok tayangan pendek tu, kena kerah otak jugak la nak mikir, maklumlah hakak bukan orang seni, so nak fahamkan sesuatu benda tu macam kura-kura sikit. Nama pon tayangan pendek kan, so dalam 5-10minit pastu macam tergantung, pastu kau pon macam lost =.=’ <-- sebenarnya bagi orang lain tak tergantung pon, aku je lost sensorang.

Ini ialah didgeridoo. A music instrument developed by Australian about 1,500 years ago and still in widespread use today around the world. 

Okay, next --> Team Projek Ihsan buat apa pulak kat sana? Nak join deklamasi sajak ke acane? Okay bukan, macam yang aku cakap kat atas tadi, kitorang nak promote, nak war-war kan lagi perihal kelas Tuisyen Sayang. Kami merupakan sukarelawan yang bergerak sendiri dan memberikan kelas tuisyen percuma kepada adik-adik yang kurang berkemampuan di sekitar Shah Alam amnya, dan di Seksyen 19 khususnya.

Gadis-gadis lain shift pagi, iols shift petang, tu yang kena tinggal sorang =.=' Thank you for the hard work guys!

Kami mencari sukarelawan dari segala bidang yang dapat membantu adik-adik kita. Bukan sahaja membantu adik-adik untuk exam yang telah ditetapkan kerajaan, malahan juga membantu mereka untuk memilih arah tujuan selepas tamatnya SPM. Adik-adik kita ni pandai sebenarnya, cuma mereka memerlukan lebih perhatian dan dorongan untuk tolak mereka ke depan.

Jejom jom jom join kitorang ajar adik-adik kat Surau Hamideen Seksyen 19 Shah Alam (dekat dengan De Palma Hotel, seberang Shell). Kita rasa macam kita yang ajar diorang, kita cikgu diorang, hakikatnya diorang yang ajar kita. Banyak benda yang korang dapat belajar dengan adik-adik ni. Trust me, I've been there :)

Adik-adik UPSR dah bahagia main UNO time kelas sebab dah habis exam <-- terbukti kelas best, kan kan kan :D bulan October ni giliran adik-adik PT3 dan SPM pulak. Sama-sama doakan diorang okeng!


p/s : adik-adik lepasan UPSR bukan main UNO semata okay, dah habis exam sekalipon, datang kelas baca Reader’s Digest (kalau akak dulu kan, lepas je exam main longkang)

Thursday, July 9, 2015

#P1OMANITE // Apa kebenda alah niii?

I got an invitation from P1 to join them with other media and bloggers as well for their Iftar at Holiday Inn Kuala Lumpur, Glenmarie that was held yesterday. Wuuyai nama Holiday Inn Kuala Lumpur, lepastu ada Glenmarie pulak. Nasib lah tak pergi sampai ke KL, maklumlah iols ni tak biasa iftar-iftar kat luar ni, biasa makan nasi campur ikat tepi je. #alahsayangiolsbersyukurdenganrezekituhan. The event was called P1omanite with the hashtag #P1omanite #ReadyToP1ay.



For those who didn’t know what P1 is, P1 is actually (PACKET 1) and they provide internet networks for the users. Basically they have Forhome Unlimited Broadband and also ToGo Unlimited Broadband. Yang ‘Forhome’ tu terang lagi bersuluhlah untuk kegunaan di rumah/pejabat etc. Just plug it in, and it’s ready to use. Untuk ‘ToGo’ tu pulak, it’s very convenient because it’s a pocket size broadband and you guys can bring it anywhere.

Okay, berbalik semula pada iftar, mula-mula confuse jugak dengan omanite tu. Tema Oman ke, ah sudah nak kena cari baju arab siap loceng *kcing kcing* ke =.=’ rupanya it was OmaNite. OMA stands for Online Media Associate. So it was actually Online Media Associate NITE. It was a very good event organized by P1 to gather media and bloggers at one place. This is the time we can connect and make new friends with others, exchanging ideas with them, this is the time we socialize. Networking and connection is important aite mate.


p/s 3 daripada *tak terkira* berapa jenis makanan yang iols makan semalam. Sedap sampai ada orang yang cerewat bab makan cakap *ni kambing paling sedap yang pernah makan seumur hidup* hamboiii sampai macamtu sekali description dia katakawww. For the dessert, Allahu sedap! yang kaler coklat tu brownies with chocolate moose I think, and I ate 4 or 5 pieces of it mihmihmih. Yang sebelah tu pon sedappp with various of peanuts on top of it.


Adik-adik yang diraikan pada OMANITE IFTAR semalam. It's a job well done what u guys did P1networks team! J


Atilia Haron yang nak join kitorang wefie okayyy J This is an example of making new friends. I didn't know them before this, and because we took pictures together, we exchanged number and social website.


Told cha she wants to take picture with me! KAH! J


Nah belanja gambar buat tatapan kepada yang rindu diri ini ecewahh *ptuii muntoh ijau*

Thank you P1 for the awesome food with great companion. Nanti boleh la jemput lagi wiwiwiii J

Tuesday, July 7, 2015

WHATSAPP BERVIRUS?!!




Assalamualaikum hi!

Harini genap 3 tahun blog ni bersawang, #alahsayangsorrylew. Bagi nak memecahkan rekod blog bersawang ni, maka inshaaAllah bermulalah kembali penulisan blog ecewahh :D ini semua penangan #kelabbloggerbenashaari. Salahkan mereka mereka dan mereka okay, bukan salah iols tauuu.

Okay, betul ke whatsapp bervirus? Betul la kannn, siap berjangkit kat orang lain lagi, sian ke deme ngaaa :D Long story short, harini dengan baik hati dan berbesar hatinya iols nak bagi tutorial cara-cara untuk guna Whatsapp kat desktop. Lagi jelas, terang, besar dan nyata kan kalau bukak kat desktop :D Haippp! Yang dah tau, duduk tetepi duduk dendiam okay, ada lagi mereka-mereka yang tak tau, jadi harini kita belajar satu benda baru okay :D

Okay here it is


  1. Mula-mula pergi ke website https://web.whatsapp.com/

Nanti karang keluar macamni 



Dah jumpa belum macam ni? Okay, kita pergi step seterusnya pula.

      2. Okay, kat sini dah nyatakan jenis-jenis phone kan? So uols pilih aje jenis phone korang dan       ikut arahan seterusnya. Contohnya korang guna Android, bukak Whatsapp korang tu, lepastu pergi bahagian ‘Menu’, kat situ akan ada ‘WhatsApp Web’. Kalau untuk Blackberry 10 pulak, arahan kat situ cakap bukak Whatsapp kita tu, pastu swipe dari atas ke bawah, akan keluar kat situ ‘Whatsapp Web’, tekan je situ. Untuk phone-phone lain, arahan seperti yang tertera di atas


okayyy.

3        3. Step seterusnya, bila dah klik kat ‘Whatsapp Web’ tu, akan keluar QR code reader tu dan silalah scan code yang macam dalam gambar tu kat website https://web.whatsapp.com/


Buat macam ni haaaaa

4)      TADAA~ your Whatsapp application is on your desktop now!! :D besar, terang, jelas dan nyata kata kauuuu hee :D selamat mencuba korang! :D