.:the club members:.

Tuesday, October 6, 2015

#IDEARAYA

Pada hari sabtu yang lepas, lepas, lepas lagi (okay cerita dah lapuk) aku pergi bergonjeng di Idearaya. Lepas balik kerja terus aku shoot ke Laman Budaya Shah Alam (ye, aku seorang yang gagah okay). Aku pergi pun sebab team Projek Ihsan ada bukak booth kat sana untuk mempromosikan lagi kelas Tuisyen Sayang di Shah Alam dan jugak Bangi. Kalau takde diorang, memang sampai kesudah lah aku tak jejak kaki kat program-program macamni.


Okay, apa itu Idearaya? Idea Hari Raya ke? Fine lah tak lawak pun bluergh. Idearaya merupakan sebuah “festival seni budaya & ilmu ke arah pemberdayaan masyarakat progresif seputar Asia Tenggara”.” Idearaya juga adalah sebuah ruang dinamik serta strategik dalam meraikan dan menggalakkan pertembungan idea kritis dan daya kreatif” - #idearaya. Idearaya merupakan platform anak-anak muda untuk mengekspresi diri mereka. #ideraya merupakan event yang dilakukan hasil daripada penat lelah mereka sendiri. Merekalah crew, merekalah volunteer, merekalah handyman, merekalah yang panjat scaffolding buat tempat menonton tayangan, semua-semua mereka buat sendiri. They are an independent people I tell you.

Antara program yang ada kat #idearaya termasuklah forum, bengkel, pidato, malahan tayangan pendek. Aku sempat pergi tengok tayangan pendek tu, kena kerah otak jugak la nak mikir, maklumlah hakak bukan orang seni, so nak fahamkan sesuatu benda tu macam kura-kura sikit. Nama pon tayangan pendek kan, so dalam 5-10minit pastu macam tergantung, pastu kau pon macam lost =.=’ <-- sebenarnya bagi orang lain tak tergantung pon, aku je lost sensorang.

Ini ialah didgeridoo. A music instrument developed by Australian about 1,500 years ago and still in widespread use today around the world. 

Okay, next --> Team Projek Ihsan buat apa pulak kat sana? Nak join deklamasi sajak ke acane? Okay bukan, macam yang aku cakap kat atas tadi, kitorang nak promote, nak war-war kan lagi perihal kelas Tuisyen Sayang. Kami merupakan sukarelawan yang bergerak sendiri dan memberikan kelas tuisyen percuma kepada adik-adik yang kurang berkemampuan di sekitar Shah Alam amnya, dan di Seksyen 19 khususnya.

Gadis-gadis lain shift pagi, iols shift petang, tu yang kena tinggal sorang =.=' Thank you for the hard work guys!

Kami mencari sukarelawan dari segala bidang yang dapat membantu adik-adik kita. Bukan sahaja membantu adik-adik untuk exam yang telah ditetapkan kerajaan, malahan juga membantu mereka untuk memilih arah tujuan selepas tamatnya SPM. Adik-adik kita ni pandai sebenarnya, cuma mereka memerlukan lebih perhatian dan dorongan untuk tolak mereka ke depan.

Jejom jom jom join kitorang ajar adik-adik kat Surau Hamideen Seksyen 19 Shah Alam (dekat dengan De Palma Hotel, seberang Shell). Kita rasa macam kita yang ajar diorang, kita cikgu diorang, hakikatnya diorang yang ajar kita. Banyak benda yang korang dapat belajar dengan adik-adik ni. Trust me, I've been there :)

Adik-adik UPSR dah bahagia main UNO time kelas sebab dah habis exam <-- terbukti kelas best, kan kan kan :D bulan October ni giliran adik-adik PT3 dan SPM pulak. Sama-sama doakan diorang okeng!


p/s : adik-adik lepasan UPSR bukan main UNO semata okay, dah habis exam sekalipon, datang kelas baca Reader’s Digest (kalau akak dulu kan, lepas je exam main longkang)